Konsep pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia: kajian terhadap pemahaman pelajar pentadbiran awam

Konsep pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia: kajian terhadap pemahaman pelajar pentadbiran awam. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 3 (7). pp. 98-108. ISSN 2462-1714 (2017)



Abstract

Sistem pentadbiran di Malaysia dianggap unik kerana pembahagian bidang kuasa kepada tiga peringkat yang berbeza, iaitu Kerajaan Pusat (Federal Government), Kerajaan Negeri (State Government) dan Kerajaan Tempatan (Local Government) yang mana setiap peringkat mempunyai sempadan bidang kuasa yang berbeza. Antara ketiga-tiga sistem pentadbiran ini, Kerajaan Tempatan merupakan badan pentadbiran yang paling bawah tetapi penting di peringkat tempatan kerana menyediakan perkhidmatan yang paling dekat untuk keperluan rakyat setempat. Malah kerajaan tempatan ini merupakan medium atau perantara di antara kerajaan negeri dan rakyat yang mana peranannya adalah menyediakan perkhidmatan serta memastikan setiap polisi terlaksana secara adil untuk semua peringkat masyarakat. Oleh itu, dalam melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan, kerajaan tempatan di Malaysia mempunyai satu sumber kuasa yang utama, iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai panduan utama dan rasmi bagi memastikan setiap tidakan kerajaan tempatan tidak melebihi had yang telah termaktub di dalam akta ini. Setiap kerajaan tempatan di Malaysia yang mengguna pakai Akta 171 ini lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana peranan dan tugas-tugas asas PBT di Malaysia telah digariskan di dalam akta ini. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap pemahaman pelajar terhadap bidang kuasa yang dimiliki PBT serta perlaksanaannya di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Government, Local Government, Governance, Public administration
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 05 Oct 2021 23:19
Last Modified: 07 Oct 2021 08:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item