Seni kaligrafi (khat) di mihrab masjid-masjid negeri Malaysia dan hubungannya dengan seni visual

Seni kaligrafi (khat) di mihrab masjid-masjid negeri Malaysia dan hubungannya dengan seni visual. Kupas Seni: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 5: 1. pp. 1-13. ISSN 0127-9688 (2019)



Abstract

Khat merupakan hasil seni visual yang paling cantik, gah dan buktinya dapat dilihat dalam kitab suci Al-Qur’an hingga kini. Khat juga telah diaplikasikan ke atas pelbagai media dan rupa bentuk, melalui karya-karya dan kreativiti manusia yang diilhamkan oleh Allah SWT. Begitu juga, khat yangdihasilkan di masjid-masjid, selain daripada bentuk (arabesques, corak geometri) menjadi tarikan dan dinikmati oleh mereka yang sujud dan tunduk mengerjakan ibadat. Penilaian dan pentafsiran kajian, yang dilakukan ke atas setiap khat mihrab masjid-masjid negeri di Malaysia adalah
berbentuk pemerhatian dan penilaian foto visual yang di rakam di lapangan. Kajian ke atas 12 buah masjid-masjid
negeri di Malaysia menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti seni khat, menganalisis proses penghasilan khat dan hubungkaitnya dengan Seni Visual. Dapatan kajian menunjukkan seni khat
yang di reka bentuk terdiri daripada khat Naskh 45%, Thuluth 35%, Kufi 15% dan Nastaliq 5%. Kajian juga mendapati tema nama Allah & Muhammad yang direka bentuk adalah sebanyak 61.5%, nama Allah sahaja 15.5% surah pendek dari Al-Qur’an, kalimah Tauhid dan Allahu Akbar sebanyak 23.0%. Sistem tulisan khat yang dicipta oleh penulis khat Arab ‘Ibn Muqlah’ pada kurun ke-9 adalah merupakan zaman kegemilangan khat Thuluth dan khat Naskh serta menjadi rujukan piawaian sehingga ke hari ini.

Item Type: Article
Keywords: Visual Art, Calligraphy, Khat
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 28 Dec 2020 08:35
Last Modified: 28 Dec 2020 08:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item