Kuasa editor sukan terhadap penetapan liputan berita sukan akhbar di Malaysia. Jurnal Dunia Perniagaan, 1 (1): 1. pp. 1-15. ISSN 2710-5792 (2019)
Abstract
Hampir kesemua akhbar di Malaysia memuatkan berita sukan sebagai tarikan utama untuk menarik pembaca serta meningkatkan sirkulasi sekaligus jualan akhbar masing-masing. Ia meletakkan berita sukan pada hari ini sebagai ciri utama dalam akhbar harian. Mereka yang dikaitkan sebagai individu paling penting dalam sesebuah organisasi media adalah editor. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh seseorang Editor Sukan akhbar yang juga dikenali sebagai ‘gatekeeper’ dalam konteks penetapan liputan serta kandungan berita sukan yang akan diterbitkan. Kajian ini adalah kajian kes di mana data telah dikutip dengan menggunakan analisis kandungan ke atas halaman sukan akhbar Kosmo dan Berita Harian dan temubual bersama dua orang editor sukan di akhbar tersebut. Data telah dianalisis dengan menggunakan gabungan tatacara analisis data kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian mengesahkan bahawa Editor Sukan akhbar Kosmo mendapat lebih kebebasan dalam konteks penetapan liputan dan isi kandungan berita sukan akhbarnya berbanding Editor Sukan akhbar Berita Harian yang lebih terikat dengan kepentingan perniagaan. Dapatan kajian juga mengesahkan biarpun Editor Sukan diberikan kuasa terhadap penetapan liputan dan terbitan berita sukan akhbar masing-masing namun mereka mempunyai asas-asas dan keutamaan tertentu sebagai panduan sebelum membuat sebarang penetapan. Dapatan kajian juga mendapati Editor Sukan Berita Harian memberikan ruang liputan berita sukan tempatan yang lebih banyak berbanding berita sukan antarabangsa. Manakala Editor Sukan akhbar Kosmo lebih banyak menerbitkan berita sukan bergambar berasaskan kepada pendekatan ‘Content is King, Picture is Queen”. Dapatan kajian juga mengesahkan tiadanya diskriminasi terhadap berita sukan berasaskan jantina. Kajian ini dipercayai dapat membantu masyarakat khususnya pengemar sukan dalam konteks pemikiran kritikal terhadap amalan media sukan yang difikirkan logik selepas mengambil kira segala kemungkinan dan risiko yang terpaksa mereka hadapi untuk terus survival dalam industri ini dan pada waktu yang sama terus konsisten menyalurkan maklumat yang dikehendaki. Ianya sekaligus dapat melahirkan generasi pembaca sukan yang berpengetahuan dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya serta matang dalam membuat penilaian terhadap sebarang informasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sport news, Content coverage, Daily newspaper, Sport editor, Sport media |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 28 Feb 2021 15:46 |
Last Modified: | 28 Feb 2021 23:39 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |