Kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia (quality of Malaysian public universities’ sports facilities services)

Kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia (quality of Malaysian public universities’ sports facilities services). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1). pp. 55-66. ISSN 2600-8823 (2019)



Abstract

Penyediaan fasiliti sukan di universiti adalah penting dalam menggalakkan pelajar aktif dalam aktiviti fizikal. Akses kepada fasiliti sukan yang berkualiti boleh menjadi faktor utama dalam keupayaan untuk memenuhi permintaan semasa pihak pengguna. Kajian tinjauan ini menilai kualiti perkhidmatan fasiliti sukan yang disediakan di Universiti Awam di Malaysia dengan mengadaptasi model kualiti perkhidmatan SERVPERF yang mengukur kualiti berdasarkan lima dimensi. Seramai 447 orang pelajar atlet dipilih daripada 20 buah Universiti Awam di Malaysia dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 32 item dalam menilai kualiti perkhidmatan fasiliti sukan berbentuk skala Likert. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian pengguna terhadap kualiti perkhidmatan fasiliti sukan adalah tinggi dimana nilai min keseluruhan ialah 3.51. Secara turutan, tertinggi adalah dimensi sifat ketaraan (3.53), diikuti oleh empati (3.53), jaminan (3.51), kebolehpercayaan (3.50) dan responsif (3.47). Walaubagaimanapun, beberapa item mendapat penilaian skor sederhana iaitu ketersediaan fasiliti dan tahap fasiliti itu sendiri. Penyediaan fasiliti mengikut jenis (indoor dan outdoor) perlu diberi perhatian kerana ianya memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan. Hasil kajian boleh dijadikan petunjuk kepada pihak pengurusan universiti untuk mempertimbangkan pembangunan fasiliti sukan di masa hadapan.

Item Type: Article
Keywords: Fasiliti sukan, Kualiti perkhidmatan, Tahap penilaian, Pelajar atlet, Sports facilities
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 Feb 2021 15:47
Last Modified: 28 Feb 2021 23:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item