Khai serius ceburi bisnes. [Newspaper] (2021)
Abstract
SELEPAS meraih pelbagai kejayaan dalam bidang nyanyian, penyanyi popular, Khai Bahar melangkah setapak lagi apabila mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk minuman pelangsing, K Slimz. Berbekalkan modal puluhan ribu hasil daripada simpanan sejak mula terbabit dalam industri hiburan pada 2016, Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin mengakui gementar dengan buah tangan pertamanya sebagai ahli perniagaan. Malah, Khai menyifatkan penghasilan produk itu bukti dirinya serius untuk terus meneroka bidang perniagaan sekali gus ingin menjadi ahli perniagaan berjaya seperti mentor dan rakan perniagaan lain. "Ini kali pertama saya terbabit dalam bidang perniagaan yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Selama ini saya menjadi duta produk saja. Saya lebih yakin untuk menceburkan diri dalam bidang ini apabila rakan yang memang terbabit dalam bidang ini memberikan kata semangat.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Penurunan berat badan, produk, K Slimz |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Management By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 02 Mar 2021 03:33 |
Last Modified: | 02 Mar 2021 03:33 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |