KAKIB teroka perniagaan farmasi. [Newspaper] (2021)
Abstract
IPOH – Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak Bhd. (KAKIB) melebarkan sayap perniagaan menerusi pembukaan cawangan farmasi pertamanya, CoopFarmasi di Jalan Raja Musa Aziz di sini yang beroperasi sejak Januari lalu. Lokasinya strategik terletak bersebelahan Klinik Kesihatan Greentown dan hanya 500 meter dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. CoopFarmasi KAKIB antara tujuh rangkaian farmasi koperasi di bawah Program Pembangunan Koperasi Angkatan Koperasi Kebangsaan melalui projek Pharma Wellness. Pengerusi KAKIB, Khairul Anuar Mohd. Noh berkata, sesuai dengan objektif untuk meningkatkan paras ekonomi dan sosial ahli, KAKIB memilih untuk membuka sebuah farmasi di tengah bandar. “Sebelum ini, KAKIB telah mengoperasikan perniagaan Ar-Rahnu (pajak gadai patuh syariah), agensi pelancongan serta umrah, jadi kita mengorak langkah untuk menceburi bidang farmasi pula.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | CoopFarmasi KAKIB, Khidmat pemeriksaan kesihatan, Perniagaan farmasi |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Finance By Subject > Business & Management > Human Resource By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 May 2021 03:51 |
Last Modified: | 07 May 2021 03:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |