Sejuta perniagaan berisiko tutup

Sejuta perniagaan berisiko tutup. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR – Hampir sejuta perniagaan di negara ini berkemungkinan akan gulung tikar jika kerajaan menunggu antara 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia divaksin sebelum memberi kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri. Kerisauan itu disuarakan oleh persekutuan 262 buah persatuan perniagaan di negara ini, dinamakan sebagai Business Survival Group yang mewakili 950,000 perniagaan merentasi semua sektor. Persekutuan itu menggesa kerajaan supaya membenarkan pergerakan rentas sempadan pada kadar segera, melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara lebih bersasar dan mengutamakan kehidupan rakyat. Penasihatnya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, peniaga tidak mampu bertahan sebegitu lama memandangkan proses vaksinasi dijangka akan mengambil tempoh setahun untuk mencapai paras 70 hingga 80 peratus rakyat divaksin.

Item Type: Newspaper
Keywords: perniagaan, sewa, gaji
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 May 2021 01:01
Last Modified: 04 May 2021 01:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item