Aktiviti perkilangan mulai meningkat separuh kedua 2020

Aktiviti perkilangan mulai meningkat separuh kedua 2020. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Aktiviti perkilangan mencatatkan peningkatan pada separuh kedua 2020 dengan indeks semasa bagi aktiviti perniagaan melonjak 70 mata kepada 101 mata berbanding separuh pertama 2020. Kaji selidik dua kali setahun Indeks Keadaan Perniagaan FMM-MIER (FMM BCI) dilaksanakan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang melepasi paras 100 mata itu menunjukkan responden optimis dengan perniagaan mereka kebelakangan ini. Sebanyak 38 peratus responden melihat peningkatan dalam aktiviti perniagaan mereka pada separuh kedua 2020, sementara 37 peratus responden melihat ia rendah dan 25 peratus lagi neutral. Walaupun indeks jualan tempatan dan eksport meningkat pada separuh pertama 2020, ia masih berada di bawah paras optimis, sekali gus menunjukkan kedua-dua jualan itu kekal lemah.

Item Type: Newspaper
Keywords: perniagaan, indeks, eksport
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Applied Sciences > Industrial Technology
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 22 Apr 2021 07:49
Last Modified: 22 Apr 2021 07:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item