Inisiatif PENJANA bantu perniagaan kekalkan operasi. [Newspaper] (2020)
Abstract
KUALA LUMPUR: Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan kerajaan pada Jun lalu dapat membantu sebahagian syarikat tempatan mempertahankan operasi perniagaan masing-masing. Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata kaji selidik persekitaran perniagaan FMM-MIER bagi separuh pertama 2020 mendapati 34.2 peratus responden percaya perniagaan mereka mampu kekal beroperasi bagi tempoh lebih 12 bulan akan datang, disokong inisiatif yang diumumkan PENJANA. "Berdasarkan maklum balas kaji selidik, kira-kira 45 hingga 65 peratus respoden mendapati lima daripada 40 inisiatif di bawah PENJANA memberi manfaat kepada perniagaan mereka," katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat media kaji selidik persekitaran perniagaan FMM-MIER bagi separuh pertama 2020 di sini, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Operasi perniagaan, Inisiatif, Cukai |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Finance By Subject > Business & Management > Management |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 19 Mar 2021 07:20 |
Last Modified: | 19 Mar 2021 07:20 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |