KPDNHEP, MKN bincang benarkan lebih banyak sektor perniagaan beroperasi

KPDNHEP, MKN bincang benarkan lebih banyak sektor perniagaan beroperasi. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Perbincangan untuk membenarkan sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan buka untuk beroperasi semula sedang berjalan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebolehnya mahu semua sektor perniagaan belum dibuka, dibenarkan beroperasi dengan syarat semua pihak bersetuju untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di tahap yang tinggi.
"KPDNHEP sangat prihatin dan mendengar rayuan pelbagai sektor perniagaan yang meminta untuk diberikan kebenaran beroperasi. KPDNHEP memahami keperluan untuk membuka semua sektor perniagaan kerana 'ekonomi satu keperluan', dengan syarat kedua-dua peniaga dan pengguna patuh kepada SOPPKP sepenuhnya, agar penularan wabak COVID dapat dibendung demi kebaikan negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: MKN, KPDNHEP, Sektor perniagaan beroperasi
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Mar 2021 07:56
Last Modified: 03 Mar 2021 07:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item