Model perniagaan MR DIY berdaya tahan. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Model perniagaan MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR DIY) yang berdaya tahan akan terus menggalakkan pertumbuhan pendapatan yang mampan, didorong oleh pengembangan rangkaian dan pertumbuhan jualan kedai. RHB Research dalam notanya berkata, jurang penilaian antara MR DIY dan saham pengguna permodalan besar yang lain akan berkurangan berdasarkan asas syarikat yang kukuh, profil pertumbuhan yang baik dan potensi penyertaannya dalam FBM KLCI. "Pada asasnya, kami yakin pengagihan pendapatan yang konsisten dan potensi pertumbuhan yang mampan, berikutan pertumbuhan industri pembaikan rumah yang kukuh dan sumbangan yang meningkat daripada jenama baharu dalam jangka masa panjang akan menjadi pemangkin kepada penarafan semula saham," katanya. Firma penyelidikan itu berkata, dari segi penilaian, MR DIY diniagakan pada diskaun tidak wajar kira-kira 16 peratus berbanding saham pengguna permodalan besar walaupun mempunyai profil pertumbuhan pendapatan yang baik.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Model perniagaan, MR DIY, FBM KLCI |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Finance By Subject > Business & Management > Management By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 03 Mar 2021 07:54 |
Last Modified: | 03 Mar 2021 07:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |