Penyelidik UMP hasilkan alat penyedut madu kelulut lebih berkualiti

Penyelidik UMP hasilkan alat penyedut madu kelulut lebih berkualiti. [Newspaper] (2019)



Abstract

Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan produk “Sleek Pump” bagi memudahkan kepada pengusaha projek ternakan madu kelulut untuk menyedut madu dengan tidak menjejaskan kualiti madu tersebut. Ketua Penyelidik, Dr. Mohamad Firdaus Basrawi, 34 yang merupakan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP) berkata, projek ini bermula tahun 2016 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2018. Menurut Dr. Mohamad Firdaus berkata, Malaysia mempunyai lebih daripada 4000 penternak madu kelulut di seluruh negara. Di negeri Pahang sahaja ahli yang berdaftar dengan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang (PUKP) adalah seramai 110 orang dan dianggarkan dapat menghasilkan 1,400 kg madu sebulan. Justeru, persatuan ini pernah menyuarakan agar dapat membantu menyediakan kaedah bagi menyedut atau menuai hasil madu yang lebih mudah dan murah. Maka bermula dari situlah idea penghasilan penyedut madu ini dihasilkan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Alat penyedut madu kelulut, Sleek Pump, Kantung madu, Honey, Stingless bees, Kualiti madu
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Aquaculture and Livestock
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 05 Mar 2021 23:57
Last Modified: 08 Mar 2021 04:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item