'Doktor Kelulut' popularkan Sarawak. [Newspaper] (2017)
Abstract
SIBU: Seorang guru tidak menyangka penternakan lebah kelulut yang diusahakan untuk keperluan sendiri bagi merawat penyakit kencing manis dihidapinya, kini menjadi perniagaan yang memberi pulangan lumayan sehingga digelar 'Doktor Kelulut'. Malah, Gusti Shahdan, 47, dari Taman Batu Lapan di sini, kini muncul antara pemain industri madu kelulut di Sarawak, terutama di wilayah tengah negeri ini. Beliau turut mempaten secara eksklusif jenama 'Doktor Kelulut' bagi produk keluarannya yang mula menembusi pasaran Semenanjung, malah sedang merintis untuk meneroka pasaran eksport. Selepas setahun mengusahakan penternakan lebah kelulut, Gusti kini tidak 'menang tangan' untuk memenuhi permintaan pelanggan, malah ada yang membuat tempahan berulang kerana 'terpesona' dengan madu berkualiti tinggi itu.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Penternakan lebah kelulut, Madu kelulut, Stingless bee honey |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Success Story |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 15 Apr 2021 05:29 |
Last Modified: | 15 Apr 2021 23:06 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |