Kelulut lumayan: pengusaha mampu jana pendapatan antara RM200 hingga RM1,000 sehari

Kelulut lumayan: pengusaha mampu jana pendapatan antara RM200 hingga RM1,000 sehari. [Newspaper] (2016)



Abstract

Kuching: Pengusaha kelulut mampu menjana pendapatan lumayan antara RM200 hingga RM1,000 sehari dengan kos yang amat rendah, kata Menteri Muda Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais. Ini menunjukkan bahawa penternakan kelulut bagi pengeluaran madu secara komersial sangat berpotensi dijadikan sebagai aktiviti sosioekonomi di kawasan luar bandar terutama dalam kalangan suri rumah dan belia kampung. “Pasaran madu kelulut tulen mencecah RM100 hingga RM200 sekilogram manakala harga satu koloni kelulut mencecah antara RM100 hingga RM150 yang turut berpotensi dijadikan perniagaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pemprosesan Madu Kelulut dan Penghasilan Produk Hiliran Berasaskan Kelulut di Serapi Garden, Kota Padawan di sini semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penternakan kelulut, Madu kelulut, Produk Hiliran, Honey, Stingless bees
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Aquaculture and Livestock
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Mar 2021 03:56
Last Modified: 08 Mar 2021 03:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item