Menyedari khasiat madu dorong Zaleha jadi pengusaha ternakan lebah kelulut

Menyedari khasiat madu dorong Zaleha jadi pengusaha ternakan lebah kelulut. [Newspaper] (2017)



Abstract

MADU lebah sememangnya mempunyai khasiat tersendiri terutama dari aspek kesihatan kepada manusia. Malah, ia sudah tertulis dalam al-Quran sendiri menyatakan bahawa madu lebah memiliki pelbagai warna serta mempunyai manfaat sebagai penawar kepada penyakit. Menyedari akan kepentingan madu lebah tersebut, ia sekali gus membuka hati Zaleha Adenan sebagai salah seorang pengusaha ternakan lebah kelulut di Kampung Salak, Kuching. Bermula secara kecil-kecilan pada awalnya tidak menyangka ternakan itu mampu membuahkan hasil lumayan kepada dirinya dan keluarga. Namun, peluang itu tidak hanya digunakan untuk dirinya sendiri, sebaliknya dikongsi bersama penduduk kampung agar turut serta dalam industri desa dengan mengusahakan ternakan lebah kelulut. Bercakap mengenai khasiat madu lebah atau lebih dikenali dengan panggilan madu kelulut, Zaleha berkata madu asli tersebut mampu menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

Item Type: Newspaper
Keywords: Madu lebah, Ternakan lebah kelulut, Heterotrigona Itama (Itama), Tetrigona Binghami (Binghami), Stingless bee
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 08 Mar 2021 08:58
Last Modified: 08 Mar 2021 08:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item