Buku kelulut: antioksidan dan tekanan oksidatif ketengahkan penyelidikan lebah kelulut

Buku kelulut: antioksidan dan tekanan oksidatif ketengahkan penyelidikan lebah kelulut. [Newspaper] (2020)



Abstract

Penyelidikan lebah kelulut yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Razinah Sharif @ Mohd Sharif dari Fakulti Sains Kesihatan telah dibukukan bagi memberi informasi kepada penternak lebah kelulut dan orang ramai berkenaan produk hasilan lebah dan lebah kelulut. Buku bertajuk Kelulut: Antioksidan dan Tekanan Oksidatif setebal 106 muka surat itu adalah kolaborasi strategik antara UKM dengan Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd (Bayu Kelulut) sejak 2016 bagi menghasilkan madu kelulut asli untuk kajian saintifik. Menurut Prof. Madya Dr. Razinah, buku itu dihasilkan bagi memudahkan peminat lebah dan lebah kelulut kerana penulisannya mudah difahami, selain mempunyai data dari kajian saintifik beliau. “Kumpulan penyelidikan kami telah berjaya mendapat geran dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dana penyelidikan berkaitan madu kelulut. Beberapa artikel akademik berkenaan penyelidikan ini telah diterbitkan, namun masih ada kemahuan penyelidik untuk menjadikan dapatan kajian ini sebagai buku mudah untuk pembaca.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penyelidikan lebah kelulut, Antioksidan, Lebah kelulut, Produk hiliran, Oksidatif
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 08 Mar 2021 09:21
Last Modified: 08 Mar 2021 09:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item