Pengeluaran madu kelulut komersial beri pulangan lumayan

Pengeluaran madu kelulut komersial beri pulangan lumayan. [Newspaper] (2016)



Abstract

NIBONG TEBAL: Permintaan terhadap madu kelulut yang dipercayai baik untuk minuman kesihatan menyebabkan harganya melambung iaitu sekitar RM180 sekilogram di ladang. Harga pasaran madu kelulut pula kini berada di sekitar RM350 sekilogram bergantung kepada kuantiti bekalan, sekali gus menjadi antara perniagaan yang memberikan pulangan lumayan pasa masa ini. Bermula sebagai pencari madu kelulut sejak 20 tahun lalu, Taib Man, 46, bersama seorang rakannya tampil dengan idea menghasilkan ladang kelulut di kawasan hutan berdekatan Kampung Tanjung Pari untuk pengeluaran secara komersial. "Risiko diserang gajah liar, bertembung binatang berbisa dan terpaksa bermalam di hutan bukan perkara asing kepada pencari madu kelulut," katanya. Bagaimanapun, akibat aktiviti penerokaan hutan dan faktor cuaca tidak menentu, sarang kelulut semakin sukar ditemui.

Item Type: Newspaper
Keywords: Ladang madu kelulut, Stingless bee, Madu kelulut
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Aquaculture and Livestock
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 09 Mar 2021 06:54
Last Modified: 09 Mar 2021 07:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item