Usahawan Sabah terus berinovasi: naget ubi kayu. [Video] (2018)
Abstract
Puan Sariyaman Sabur melihat lambakan ubi kayu di Kunak, Sabah sebagai satu peluang untuk menghasilkan produk hiliran yang baru. Diinspirasikan resipi turun temurun, beliau menghasilkan Naget Ubi Kayu yang hadir dalam empat perisa. Dengan kualiti tinggi dan rasanya yang enak, naget ini lebih berkhasiat berbanding naget berasaskan daging. Malah, perusahaan naget ini secara langsung turut membantu ekonomi penduduk di Kunak dengan penjualan bahan mentah iaitu ubi kayu kepada beliau. Inovasi produk makanan yang dilakukan oleh Puan Sariyaman berjaya memenangi pertandingan “Mainstreaming Grassroots Innovations” (MaGRIS 2017). Beliau menerima Geran Pembangunan Inovasi daripada YIM untuk membangunkan productnya.
Item Type: | Video |
---|---|
Keywords: | Entrepreneur, Creative and innovative, Inovasi |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Success Story |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Haryati Ramlee |
Date Deposited: | 20 Jul 2020 23:02 |
Last Modified: | 20 Jul 2020 23:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |