Penentuan kandungan asid organik dalam madu kelulut daripada sumber bunga dan spesies yang berbeza

Penentuan kandungan asid organik dalam madu kelulut daripada sumber bunga dan spesies yang berbeza. eBuletin Teknologi MARDI : Teknologi Pemacu Industri Pertanian, 19. pp. 183-190. ISSN 2289-9642 (2020)



Abstract

Madu kelulut merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi lebih daripada 200 komponen termasuklah asid organik. Asid organik boleh mempengaruhi ciri organoleptik, fizikal, kimia, aktiviti antibakteria dan aktiviti antioksidan madu. Oleh itu, dalam kajian ini, enam sampel madu kelulut daripada tiga sumber bunga berbeza (akasia, belimbing dan gelam) yang dihasilkan oleh Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica dikaji untuk menentukan kandungan asid organik serta untuk menilai pengaruh sumber bunga dan spesies ke atas kandungan asid organik. Empat asid organik (glukonik, laktik, asetik dan sitrik) berjaya dikesan dalam semua sampel madu kelulut. Asid glukonik (0.07 – 1.48 g/kg madu) dikesan paling tinggi dalam semua sampel madu kelulut berbanding dengan asid organik yang lain kecuali dalam madu akasia dan belimbing daripada G. thoracica dan madu belimbing daripada H. itama. Jenis dan kandungan asid organik dalam madu berbeza bergantung kepada sumber bunga dan spesies kelulut.

Item Type: Article
Keywords: Madu kelulut, Asid organik, Heterotrigona itama, Madu akasia dan belimbing, Stingless bee honey, Geniotrigona thoracica
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 11 Mar 2021 00:00
Last Modified: 11 Mar 2021 00:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item