Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat

Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10 (1). pp. 118-129. ISSN 2180-2491 (2017)



Abstract

Di samping menambah keindahan persekitaran, dengan reka bentuk berkonsep dan ciri tertentu landskap sekolah seharusnya boleh berfungsi membantu proses pembelajaran dan pendidikan. Ciri-ciri landskap sekolah di Malaysia masa kini masih belum menggambarkan prinsip asas falsafah pendidikan negara. Artikel ini bertujuan untuk mengklasifikasi cirri dan mengenal pasti konsep landskap sekolah di Lembah Klang-Langat. Bagi tujuan itu kajian ini menggunakan data primer yang dikutip melalui cerapan di lapangan menggunakan kaedah senarai semak terhadap 104 buah sekolah di Lembah Klang-Langat yang dipilih secara rawak berstrata; dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai agensi berkaitan. Hasil kajian menunjukkan 44.6% landskap sekolah di wilayah ini cenderung berkonsepkan landskap buatan, khususnya sekolah di bandar. Konsep landskap lain yang popular termasuklah English dan Nusantara. Dari segi tipologi 89.4% merupakan landskap tradisional. Rata-rata landskap sekolah dihiasi dengan komponen kejur seperti tangga taman, pasu bunga, papan tanda, perabut taman, mural dan gazebo. Pokok peneduh, renek, penutup bumi, rumput, pokok buah-buahan dan herba merupakan komponen lembut yang popular. Kolam ikan dan pancuran pula adalah komponen buatan yang sering ditemui. Elemen fasiliti yang popular pula termasuklah pondok pengawal, tong sampah, laluan pejalan kaki, petak letak kereta dan but telefon. Komponen fauna yang popular pula meliputi burung dan rama-rama. Sedangkan komponen flora yang utama meliputi bunga kertas bagi spesies pokok renek, pandan wangi.

Item Type: Article
Keywords: Tipologi Landskap, Landscape Typology, Penilaian Landskap, Landscape Assessment
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Surveying Sciences And Geomatics
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Park Amenities
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Landscape Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Mohd Fitri Ruslan (Puncak Alam)
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:07
Last Modified: 01 Aug 2021 13:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item