Majikan utama di Malaysia tawar pekerjaan walau pandemik - Kajian

Majikan utama di Malaysia tawar pekerjaan walau pandemik - Kajian. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kajian oleh LinkedIn mengenal pasti 15 syarikat utama di Malaysia terus mengambil pekerja baharu walaupun berlaku pandemik yang menjejaskan aktiviti perniagaan. Menurut GKK Consultants Sdn Bhd (GKK), tinjauan oleh laman web rangkaian sosial untuk profesional perniagaan itu mendedahkan bahawa terdapat lebih 45,000 pekerjaan sedang menunggu untuk diisi di negara ini. Majikan utama itu terdiri daripada syarikat tempatan dan syarikat multinasional, termasuklah Petronas, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd dan Axiata Group. GKK, perunding sumber manusia dan latihan yang bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berkata tinjauan itu menunjukkan bahawa majikan ini menawarkan tempat kepada mereka yang mencari pekerjaan dalam organisasi mereka untuk mengembangkan kerjaya profesional mereka.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tingkahlaku Organisasi, Pentadbiran sumber manusia, Sosiologi industri
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 29 Jun 2021 18:04
Last Modified: 29 Jun 2021 18:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item