Madu kelulut mampu cegah kencing manis

Madu kelulut mampu cegah kencing manis. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUALA LUMPUR: Rahsia amalan ‘orang lama’ yang menggunakan madu kelulut untuk mencegah kencing manis kini terbongkar dan terbukti berkesan secara saintifik. Hasil kajian terbaharu dijalankan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Norhasnida Zawawi mendapati, madu kelulut me­ngandungi gula trehalulosa, gula dengan indeks glisemik rendah (GI) yang boleh mencegah kencing manis jika dimakan dengan jumlah sepatutnya. “Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44 gram gula trehalulosa dalam semua madu itu. “Bukannya gula maltosa se­perti yang difikirkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan. Norhasnida menjalankan kajian tersebut bersama pensyarah Universiti Queensland, Australia, Prof. Madya Dr. Mary Fletcher dan ahli kumpulan penyelidikan lain di makmal Perikatan Pertanian dan Inovasi Makanan Queensland.

Item Type: Newspaper
Keywords: Madu kelulut, Kencing manis, Trehalulosa, Indeks glisemik rendah
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:53
Last Modified: 14 Jun 2024 03:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item