Kelulut jana pendapatan SMK Soi

Kelulut jana pendapatan SMK Soi. [Newspaper] (2017)



Abstract

Kuantan: Keindahan persekitaran halaman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi di sini, yang dihias dengan pelbagai spesies pokok bunga memukau sesiapa sahaja yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah berkenaan. Pelawat mungkin lebih terkejut jika mengetahui bahawa tanaman berkenaan bukan sekadar pokok hiasan kerana keindahan dan kecantikannya, tetapi juga kerana ia sebenarnya 'makanan' untuk kelulut. Antara pokok bunga yang menghiasi Taman Agro Ekonomi itu ialah bunga kertas, roselle, ros Jepun, kemunting dan kemunting Cina, orkid, puding, lavender, ceri, senduduk dan pinang merah. Difahamkan projek penternakan lebah kelulut dalam kotak kayu bermula pada 2015 dan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan koperasi sekolah berkenaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kelulut, Madu kelulut, Stingless bee honey, Projek aktiviti sekolah
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 12 Mar 2021 08:45
Last Modified: 16 Mar 2021 03:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item