Perusahaan madu kelulut ubah hidup suami isteri

Perusahaan madu kelulut ubah hidup suami isteri. [Newspaper] (2019)



Abstract

Mohd Amirul Mat Noor, 26, mengusahakan madu lebah kelulut bagi merubah nasibnya sekeluarga. Menurutnya, dia mula berminat dan menceburi bidang itu selepas melihat usaha bapa saudaranya di Felda Lepar Hilir Dua menternak kelulut di sekeliling rumah. “Sebenarnya saya sebelum ini mencari rezeki dengan melakukan kerja kampung seperti menoreh getah dan sebagainya. “Saya juga membuat kerja sebagai tukang rumah dan membaiki rumah penduduk dengan pendapatan yang tidak tetap,” katanya. Menurutnya, bagaimanapun setelah melihat bapa saudaranya berjaya mengusahakan madu lebah tanpa masalah, membuatkan dia beralih arah. “Bila memikirkan saya yang tinggal di kampung mempunyai kawasan yang luas dan sumber sarang kelulut yang mudah mendorong saya untuk menceburi bidang itu secara serius sejak lima tahun lalu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Heterotrigona itama, Penternakan kelulut, Jerantut
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Muhammad Azrul Ayob
Date Deposited: 13 Jan 2022 01:52
Last Modified: 13 Jan 2022 01:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item