Meninjau Model Pentadbiran Awam : Dari Pentabiran Awam Tradisional (PAT) ke Perkhidmatan Awam Baru (PeAB)

Meninjau Model Pentadbiran Awam : Dari Pentabiran Awam Tradisional (PAT) ke Perkhidmatan Awam Baru (PeAB). Journal of Administrative Science, 17 (2). pp. 36-71. ISSN 2600-9374 (2020)



Abstract

Pentadbiran awam sebagai disiplin ilmu mempunyai kepentingan ketara khususnya apabila perbincangan terhadap sistem kerajaan dan negara dilakukan. Pentadbiran awam mencorakkan bagaimana sesebuah negara itu ditadbir dan digerakkan ke arah mencapai suatu tahap yang berkesan demi kesejahteraan rakyat. Pentadbiran awam yang mantap serta cekap merupakan prasyarat penting demi mencapai objektif berkerajaan dan bernegara. Dalam hal ini, pentadbiran awam telah melalui suatu proses perkembangan yang begitu lama sejak dari zaman peradaban manusia di era Mesopotomia dan Greek purba, Rom, China, Mesir dan sehinggalah hari ini. Dalam masa itu, beberapa model pentadbiran awam telah dibangunkan dan berkembang, khususnya pada akhir abad ke 18 dan 19. Antara model-model tersebut adalah model Pentadbran Awam Tradisional (PAT) telah diperkenalkan. Perubahan dan dinamika yang melibatkan urusan bernegara menyaksikan model ini telah melalui beberapa perubahan dengan beberapa model baru diperkenalkan. Meksipun terdapat beberapa model berkaitan seperti Pentadbiran Awam Baru, Teori Kritikal dalam Pentadbiran Awam, hinggalah kepada “New Public Governance”, namun kertas ini hanya membincangkan tiga model sahaja iaitu Pentadbiran Awam Tradisional (PAT), Pengurusan Awam Baru (PAB) dan Perkhidmatan Awam Baru (PeAB). Artikel berasaskan paradigma kualitatif serta menggunakan kaedah analisis tematik ini akan membincang dan membanding ketiga-tiga model berkenaan dari beberapa sudut. Kupasan yang dilakukan antara lain akan meneliti latar belakang model, prinsip, dimensi asas, kritikan serta kaedah pengoperasiannya. Adalah diharapkan ianya akan dapat meningkatkan kefahaman terhadap kewujudan model-model berkenaan dan bagaimanakah ianya memainkan peranan dalam pentadbiran awam.

Item Type: Article
Keywords: Public Administration, E- Government, Public Government
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:04
Last Modified: 01 Aug 2021 13:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item