Polisi dan Realiti Gaji Minimum di Negeri Sabah: Satu Kajian Kes Pekerja Kontrak Pembersihan di Universiti Malaysia Sabah - The Policy and Reality of Minimum Wage in Sabah: A Case Study of Contract Janitors in UMS

Polisi dan Realiti Gaji Minimum di Negeri Sabah: Satu Kajian Kes Pekerja Kontrak Pembersihan di Universiti Malaysia Sabah - The Policy and Reality of Minimum Wage in Sabah: A Case Study of Contract Janitors in UMS. MANU, UMS: 25. pp. 181-195. ISSN 1511-1989 (2017)



Abstract

Abstrak Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada dasarnya bermula apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bersandarkan kepada Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang telah diperkenalkan pada September 2012, Sabah memulakan operasi agar para majikan di Sabah turut melaksanakan gaji minimum kepada para pekerja masing-masing. Penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada 1 Januari 2014 meletakkan gaji minimum di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900, manakala Sabah dan Sarawak sebanyak RM800. Gaji minimum diperkenalkan bertujuan menjaga hak dan kebajikan pekerja menerusi ‘fair pay’ bagi membantu golongan pekerja sekali gus menggalakkan mobiliti. Namun, sejauh mana alasan-alasan tersebut dan kesedaran tentang kewujudan gaji minimum diketahui oleh para pekerja masih menjadi persoalan, khususnya dalam konteks pekerja di negeri Sabah. Artikel ini membincangkan tahap kesedaran pekerja terhadap gaji minimum serta menilai sejauh mana pembayaran gaji minimum dilaksanakan dalam sektor pembersihan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi temu bual mendalam ke atas dua orang wakil pengurusan dan 16 orang responden dalam kalangan pekerja pembersihan. Kajian mendapati bahawa tahap kesedaran pekerja terhadap kewujudan dan pelaksanaan gaji minimum adalah sifar. Walaupun majikan mengakui telah melaksanakan gaji minimum, dapatan kajian menemukan sebaliknya. Manipulasi maklumat oleh majikan telah mengekang pelaksanaan gaji minimum untuk dilaksanakan secara berkesan. Kajian ini penting sebagai sandaran untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Kepulauan Borneo ini secara amnya dapat dipelihara.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:54
Last Modified: 01 Aug 2021 12:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item