Autentikasi madu: isu dan cabaran menanganinya dalam perkembangan terkini keselamatan makanan

Autentikasi madu: isu dan cabaran menanganinya dalam perkembangan terkini keselamatan makanan. Buletin Teknologi MARDI, 17. pp. 103-112. ISSN 2289-9642 (2019)



Abstract

Autentikasi (authenticity) dalam keselamatan makanan merujuk kepada jaminan makanan yang selamat serta daripada sumber yang dipercayai. Autentikasi makanan turut didefinisikan sebagai satu proses yang boleh menentusahkan makanan yang dijual adalah seperti yang terdapat pada label pembungkusan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini, produk makanan daripada kumpulan rempah dan herba, minyak zaitun, makanan laut, produk tenusu serta produk lelemak dan minyak adalah kumpulan makanan yang kerap dilaporkan dalam pangkalan data antarabangsa menghadapi isu autentikasi ini.Berdasarkan pangkalan data yang dibangunkan oleh Institut Pembangunan dan Pertahanan Makanan [The Food Production and Defense Institute (FPDI)], 475 kes auntentikasi makanan yang melibatkan pemalsuan makanan dilaporkan sejak 1980. Manakala lebih 2,000 kes telah direkod oleh The United States Pharmacopeia.

Item Type: Article
Keywords: Madu kelulut, Stingless bee, Ketulenan madu, Honey authenticity, Food safety
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 17 Mar 2021 00:46
Last Modified: 17 Mar 2021 00:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item