Bugis Di Sabah Dan PRU-14: Kajian Kes Parlimen Kalabakan

Bugis Di Sabah Dan PRU-14: Kajian Kes Parlimen Kalabakan. Jurnal Kinabalu. pp. 19-46. ISSN 2600-867X (2018)



Abstract

Dalam konteks Malaysia, umumnya persoalan politik berbaur keetnikan sering kali berfokus kepada Melayu, Cina dan India. Hal ini barang kali dipengaruhi oleh latar belakang sejarah negara terkait dengan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang diperoleh hasil daripada kesepakatan bersama ketiga-tiga etnik ini di bawah payung Parti Perikatan. Kesepakatan bersama etnik ini berterusan sehinggalah Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Hakikat sejarah yang menyaksikan perkongsian beberapa peristiwa besar negara inilah yang adakalanya dari sisi lain membuatkan dimensi pemikiran kelompok akademik mahupun bukan akademik menjadi sempit dan terkongkong sifatnya. Natijahnya, dimensi kajian politik negara khususnya yang berkenaan politik etnik sering kali dihujani penulisan dengan memfokuskan Melayu, Cina dan India sebagai subjek kajian khususnya menjelang pilihan raya umum. Agak jarang diketengahkan etnik lain khususnya di Sabah dan Sarawak yang sebenarnya juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menentukan hala tuju politik negara. Salah satunya adalah komuniti Bugis di pantai timur Sabah yang sungguhpun berdasarkan latar sejarah Sabah keterlibatannya dalam arena politik negeri Sabah khususnya bagi Parlimen Kalabakan menjelang PRU-14 adalah jelas, namun jarang sekali dijadikan subjek kajian dan sering kali dikebelakangkan. Menyedari kekurangan tersebut, maka makalah ini hadir untuk mengetengahkan peranan dan keberadaan komuniti Bugis di Sabah khususnya dalam konteks politik Sabah khasnya di pantai timur. Dalam memahami realiti ini, metode yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data adalah menerusi temu bual secara langsung dengan responden yang terlibat, yang terdiri daripada pimpinan politik di barisan kerajaan mahupun pembangkang.BUGIS DI SABAH DAN PRU-14: KAJIANKES PARLIMEN KALABAKANBUGIS IN SABAH AND GE-14: CASE STUDYOF KALABAKAN PARLIAMENTAMRULLAH MARAINING1 ZAINI OTHMAN2 EKO PRAYITNO JOKO3SAAT AWANG DAMIT4Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.amrullahmaraining86@ums.edu.my1, zo@ums.edu.my2, ekoprayitnojoko@gmail.com3, saatag@ums.edu.my4Jurnal Kinabalu Edisi Khas, 19-46, 2018E-ISSN 2600-867X© Amrullah Maraining, Zaini Othman, Eko Prayitno Joko & Saat Awang Damit

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy, Bugis politics
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:08
Last Modified: 01 Aug 2021 13:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item