Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna, Sabah

Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 1 (1). pp. 122-138. ISSN 2462-2095 (2016)



Abstract

Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program
Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang
terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan
dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti
tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan
menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh
membanggakan. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan
komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan. Kajian ini dilakukan bertujuan
menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan
kepada syarikat, komuniti dan negara. Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak
tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif. Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan
yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang. Persoalan ini
akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan
temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari
hingga Mac 2013.

Item Type: Article
Keywords: Rural development, Community involvement, Seaweed mini estate project, Fishing community
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Mohamad Ismail
Date Deposited: 19 Apr 2021 07:42
Last Modified: 19 Apr 2021 07:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item