Dasar Perburuhan Dan Impaknya Terhadap Pergerakan Kesatuan Sekerja Di Malaysia : Satu Kajian Awal

Dasar Perburuhan Dan Impaknya Terhadap Pergerakan Kesatuan Sekerja Di Malaysia : Satu Kajian Awal. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5 (1). pp. 86-113. ISSN 2462-2095 (2019)



Abstract

Perkembangan pergerakan buruh dan senario hubungan industri di Malaysia telah bermula sejak
tahun 1920-an lagi yang turut dipengaruhi oleh dasar pentadbiran British di Tanah Melayu. Sejak
detik itu, kesatuan sekerja terus berkembang di Tanah Melayu dan mengalami proses perubahan
kesan tindakan kawalan dan pelbagai sekatan termasuklah pengenalan Undang-undang Darurat
pada Tahun 1948.Dasar kawalan dan sekatan tersebut terus diamalkan sehingga negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Berdasarkan tinjauan terhadap sorotan literatur, terdapat
perubahan-perubahan tertentu mengenai dasar perburuhan mengikut kepimpinan tertinggi negara
iaitu Perdana Menteri yang turut mempengaruhi sistem hubungan industri di Malaysia. Sejak
kemerdekaan dicapai, pemimpin atau Perdana Menteri Pertama di Malaysia iaitu Tunku Abdul
Rahman telah mencorakkan sistem hubungan industri yang berubah dari sistem voluntary kepada
corak compulsory arbitration melalui penguatkuasaan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.
Manakala perubahan telah berlaku pada zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua, iaitu Tun
Abdul Razak yang telah memperkenalkan sistem akomodatif antara kesatuan sekerja dan
majikan. Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1976 apabila Tun Hussien Onn telah
menggubal dasar perburuhan yang lebih ketat ke atas pergerakan kesatuan sekerja. Perubahan
terus berlaku melalui kepimpinan baru pada tahun 1981 di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir
Muhammad yang telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi menyokong proses perindustrian
negara. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur yang telah menggalakkan kewujudan kesatuan
sekerja dalaman. Selain itu, penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut
diperluaskan bagi mengawal pemimpin kesatuan yang cenderung bersifat konfliktual. Perubahan
seterusnya berlaku pada era pentadbiran Tun Abdullah yang memperkenalkan corak pentadbiran
Islamik melalui amalan Islam Hadari sejak tahun 2003. Peringkat seterusnya adalah di bawah
pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memperkenalkan program
transformasi negara dan konsep 1 Malaysia sejak tahun 2009. Peringkat terkahir ialah pada era
Malaysia Baharu di bawah Pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohammad setelah kemenangan
Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018. Berdasarkan senario
tersebut, kertas kerja ini akan menjelaskan perubahan dasar kerajaan serta tahap penerimaan
pergerakan kesatuan sekerja sepanjang era pemerintahan keenam-enam Perdana Menteri
Malaysia. Akhirnya, analisis perubahan tersebut akan dibincangkan berkaitan implikasinya
terhadap kelangsungan kesatuan sekerja yang turut mempengaruhi corak hubungan industri di
Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Labour Policies, Industrial Relations, Trade Union
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:08
Last Modified: 01 Aug 2021 13:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item