Pembingkaian Berita Isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam Akhbar Tempatan Sabah: Analisis Perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times

Pembingkaian Berita Isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam Akhbar Tempatan Sabah: Analisis Perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times. MANU, 22. pp. 107-135. ISSN 1511-1989 (2016)



Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pembingkaian berita isu Tanah
Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan di Sabah. Sebanyak
110 buah artikel berita berkaitan tanah NCR yang diterbitkan dalam tempoh
1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2012 berjaya dikumpul daripada dua
buah akhbar tempatan, iaitu Daily Express dan New Sabah Times sebagai
sampel data kajian ini. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah analisis
kandungan menunjukkan isu tanah NCR yang paling menonjol adalah
isu pemilikan tanah NCR yang spesifik kepada tuntutan dan permohonan
tanah NCR. Bingkai generik yang paling banyak digunakan oleh wartawan
adalah bingkai keadilan, diikuti bingkai ketelusan dan bingkai dasar dan
polisi kerajaan. Sumber berita yang paling kerap dipetik oleh akhbar
adalah Datuk Seri Musa Aman, iaitu Ketua Menteri Sabah, manakala dari
aspek teks berita, elemen-elemen retorik, ungkapan penarik, metafora dan
sebagainya telah dikesan digunakan untuk menyampaikan isi cerita dengan
lebih menarik. Hasil ujian-t menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan
antara isu utama, bingkai generik dan sumber yang diguna pakai oleh
kedua-dua buah akhbar.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy, The Native Customary Rights Land (NCR)
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:54
Last Modified: 01 Aug 2021 12:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item