Kegiatan Ekonomi Jepun di Sabah, 1950-an hingga 1980-an: Peranan dan Sumbangannya dalam Pembangunan Ekonomi

Kegiatan Ekonomi Jepun di Sabah, 1950-an hingga 1980-an: Peranan dan Sumbangannya dalam Pembangunan Ekonomi. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 23 (1). pp. 97-119. ISSN 1394-9330 (2016)



Abstract

Kekalahan dalam Perang Pasifik menyebabkan Jepun terpinggir dari
sebarang hubungan diplomatik antarabangsa. Hanya selepas meletusnya Perang
Dingin pada lewat 1940-an baharulah Jepun kembali menjalinkan hubungan
ekonomi dan politik dengan Asia Tenggara. Dalam konteks Sabah, hubungan dua
hala antara kedua-dua negara hanya terjalin selepas penarikan semula sekatan
kemasukan orang Jepun ke Sabah pada Oktober 1955. Sejak itu, selama 30 tahun
masyarakat Jepun mula berpeluang terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan
seterusnya menyumbang dan memberi impak dalam pertumbuhan ekonomi dan
pemindahan teknologi di Sabah. Keterlibatan dan sumbangan ini secara tidak
langsung telah menghapuskan tanggapan umum bahawa Jepun di awal pasca
perang merupakan negara dan bangsa yang berperilaku jahat dan kejam. Esei ini
meneliti jenis sektor ekonomi, sumbangan dan impak yang dibawa oleh kegiatan
ekonomi dan pelaburan Jepun di Sabah pada tahun 1950-an hingga 1980-an.
Selain itu, makalah ini turut membincangkan cabaran dan masalah yang dihadapi
dalam hubungan Sabah-Jepun. Skop perbincangan dibataskan sehingga 1980-an
memandangkan dari tahun 1950-an hingga 1980-an, Sabah mula mencapai
pembangunan ekonomi yang berterusan.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Economy, Technology Transfer, Economic Development
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:09
Last Modified: 01 Aug 2021 13:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item