Proses penulenan propolis lebah kelulut. Buletin Teknologi MARDI, 15. pp. 65-70. ISSN 2289-9642 (2019)
Abstract
Selain madu dan bee bread (pollen), lebah kelulut juga menghasilkan propolis yang bertanggungjawab melindungi koloni daripada serangan musuh, mengekalkan kelembapan koloni serta mengukuhkan struktur sarang koloni. Propolis terhasil daripada resin atau getah tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah kelulut bersama enzim di dalam badannya. Kandungan sebatian kimia berfungsi dalam propolis amat kaya dengan asid fenolik yang bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai khasiat dan kebaikan seperti antioksida, antikanser, antifungi dan sebagainya. Proses penulenan propolis bertujuan untuk menyingkirkan bendasing, kotoran dalam propolis selain mengesktrak sebatian kimia aktif di dalamnya. Hasil kajian mendapati, propolis yang telah ditulenkan berupaya untuk merencat radikal bebas lebih baik daripada propolis mentah. Propolis yang telah ditulenkan boleh dibangunkan sebagai produk tambah nilai pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Madu kelulut, Stingless bee, Penternak lebah kelulut, Propolis, Purification process, Produk hiliran |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Biology By Subject > Applied Sciences > Food Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Rizana Mohd Radwan |
Date Deposited: | 17 Mar 2021 04:01 |
Last Modified: | 17 Mar 2021 04:01 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |