Realiti Dan Aspirasi Pembangunan Masyarakat Iban Di Pedalaman Daerah Song, Kapit, Sarawak: Kajian Kes Di Tiga Buah Rumah Panjang

Realiti Dan Aspirasi Pembangunan Masyarakat Iban Di Pedalaman Daerah Song, Kapit, Sarawak: Kajian Kes Di Tiga Buah Rumah Panjang. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 30. pp. 131-149. ISSN 2590-4086 (2019)



Abstract

Pembangunan di Sarawak semakin rancak setelah penggabungan
dengan Tanah Melayu dan Sabah pada tahun 1963. Namun begitu, selepas
lima dekad bergabung membentuk negara Malaysia, pembangunan di
Sarawak tidak seimbang. Terdapat jurang yang agak luas di antara bandar
dengan luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman. Pembangunan
fizikal dan sosioekonomi di kawasan pedalaman tidak menyerlah, sama
ada kurang berjaya atau tidak sampai. Kajian ini akan membincangkan
status pembangunan masyarakat Iban yang terletak di pedalaman Sarawak
dan meneroka aspirasi pembangunan menurut pandangan lokal. Kajian
akan menggunakan teori pembangunan yang dipelopori oleh Sen (1999),
iaitu pembangunan sebagai kebebasan untuk menganalisis isu, kebebasan
dan aspirasi pembangunan masyarakat Iban tersebut dengan menggunakan
pendekatan kajian kes di tiga rumah panjang untuk mengumpul data
kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujud jurang yang agak luas antara
orang Iban di rumah panjang dengan masyarakat bandar. Antaranya ialah
ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur seperti kemudahan bekalan
elektrik 24 jam dan jalan raya berturap. Isu-isu penting yang turut ditemui
ialah tentang aspirasi pembangunan mereka dan penerokaan tanah adat
masyarakat Iban di kawasan kajian

Item Type: Article
Keywords: Development of the Iban, Native rights, Customary land, Management
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Sociology
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > Public Relations > Mass Media & Society
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Mohamad Ismail
Date Deposited: 20 Apr 2021 08:58
Last Modified: 20 Apr 2021 08:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item