Perkembangan kesatuan sekerja dalam pelbagai sektor di Sabah dari tahun 2016 sehingga 2019

Perkembangan kesatuan sekerja dalam pelbagai sektor di Sabah dari tahun 2016 sehingga 2019. In: Unspecified. (Submitted) (2019)



Abstract

Kesatuan Sekerja adalah pertubuhan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi pekerja dimana tempat pekerjaannya adalah di Malaysia. Kesatuan sekerja ini hanya boleh disertai mengikut tempat yang mereka kerja dan bidang kerja yang mereka ceburi. Dalam konteks hubungan industri kesatuan sekerja adalah salah satu aktor yang memainkan peranan penting dalam melindungi hak-hak ahli mereka. Kemajuan yang dicapai dalam negara Malaysia telah mewujudkan pelbagai sektor yang menyebabkan banyak kesatuan sekerja di Sabah telah ditubuhkan. Maka, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan trend keahlian kesatuan sekerja dari tahun 2016 hingga 2019. Metodologi kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu pengkaji menggunakan sumber-sumber rujukan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Employee, Union and labor relations
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Mohamad Ismail
Date Deposited: 20 Apr 2021 02:13
Last Modified: 20 Apr 2021 02:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item