Kriteria pemimpin dan pola sokongan kepada parti politik di Dewan Undangan Negeri N56 Apas, Sabah.

Kriteria pemimpin dan pola sokongan kepada parti politik di Dewan Undangan Negeri N56 Apas, Sabah. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 14 (3). pp. 128-140. ISSN 2680-2491 (2018)



Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kriteria pemilihan pemimpin dan faktor sokongan kepada parti politik. Ciri-ciri pemilihan pemimpin dan sokongan kepada parti politik merupakan aspek penting dalam memastikan kelancaran pembangunan dan kestabilan politik di sesuatu kawasan. Kedua-dua aspek tersebut akan memastikan rakyat dapat hidup dengan aman dan selesa. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Tawau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Sabah yang merangkumi kawasan pekan, perkampungan tradisi serta taman perumahan. Data kajian ini diperoleh daripada 100 orang responden di samping perolehan maklumat sekunder yang dianalisis secara akademik. Dapatan kajian menunjukkan majoriti memilih pemimpin yang mempunyai karisma serta kepimpinan yang sentiasa mementingkan rakyat dalam semua hal tanpa mengira bangsa. Kemudian, kebanyakan responden menyokong Barisan Nasional kerana mengenang jasa atas segala bantuan yang telah diberikan selama ini. Faktor yang menyebabkan responden memilih PKR dan STAR kerana mereka ingin mencuba pemerintahan baru dan bagi responden yang memilih SAPP kerana parti ini dilihat berani memperjuangkan hak rakyat Sabah. Justeru, semua parti politik harus mengutamakan keperluan rakyat di samping mewujudkan suasana yang harmoni antara satu sama lain. Oleh itu penulisan makalah ini diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan parti politik agar dapat menghasilkan pemimpin yang betul-betul berjiwa dan mesra rakyat. Dasar perjuangan parti politik dan pembentukan polisi kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan dan sensitiviti masyarakat agar rakyat dapat menjalani kehidupan dengan tenang, bahagia, sejahtera dan berkebajikan.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy, Political Stability, Political Information Sources, People's Rights
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:09
Last Modified: 01 Aug 2021 13:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item