Faktor Penerimaan Media Sosial Dalam Pemasaran Di Kalangan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Labuan. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 6. pp. 59-75. ISSN 1675-9869 (2020)
Abstract
Dalam arus globalisasi dan liberalisasi, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan kaedah yang paling kos efektif untuk membantu sesebuah syarikat memperolehi pasaran yang lebih luas serta meningkatkan kemampuan bersaing dengan syarikat yang lebih besar. Walaubagaimanapun, ketidakmampuan dan ketidakupayaan mereka untuk memanfaatkan kemudahan dan kelebihan pemasaran melalui media sosial menjadikan pengusaha IKS hilang daya saing dalam pemasaran. Tahap penerimaan dan penggunaan media sosial yang rendah dilihat sebagai punca kepada permasalahan ini. Oleh yang demikian, melalui kaedah “mixed method” kajian ini cuba untuk mengeksplorasi secara mendalam faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penerimaan media sosial sebagai strategi saluran pemasaran
dalam kalangan pengusaha IKS di Malaysia khususnya di WP Labuan. Keputusan kajian ini
membuktikan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri penerima (CCP) dan faktor
persekitaran (PR) mempunyai pengaruh yang signifikan, manakala faktor berkaitan dengan
ciri-ciri inovasi (CCI) tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan media
sosial dalam pemasaran di kalangan IKS. Turut dibuktikan adalah faktor yang berkaitan dengan
ciri-ciri penerima adalah faktor yang paling kuat mempengaruhi penerimaan media sosial di
kalangan IKS Labuan. Kesimpulan dan cadangan kajian di masa depan turut dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Marketing, Social Media Acceptance, Innovation Characteristics, Acceptance Characteristics, Environmental Forces |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 01 Aug 2021 12:58 |
Last Modified: | 01 Aug 2021 12:58 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |