Hubungan Antara Kepimpinan, Prestasi Kerja, Kepuasan Kerja Dan Niat Meletakkan Jawatan Dalam Kalangan Kakitangan Akademik Politeknik Di Malaysia

Hubungan Antara Kepimpinan, Prestasi Kerja, Kepuasan Kerja Dan Niat Meletakkan Jawatan Dalam Kalangan Kakitangan Akademik Politeknik Di Malaysia. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 5. pp. 45-81. ISSN 1675-9869 (2019)



Abstract

Penyelidikan ini telah mengamati respons daripada kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Penyelidik melakukan kajian ini untuk melihat peranan pemimpin terhadap niat meletakkan jawatan. Penyelidik telah mengajukan beberapa persoalan kajian. Pertama, mengenal pasti hubungan yang signifikan dalam Kepimpinan Memperkasa Gelagat yang mempengaruhi tindak balas psikologi (kepuasan kerja dan prestasi kerja). Kedua, mengenal pasti hubungan yang signifikan terhadap tindak balas psikologi dalam mempengaruhi Niat Meletakkan Jawatan. Ketiga, menentukan kesan faktor pengantaraan terhadap Kepimpinan Memperkasa Gelagat dan Niat Meletakkan Jawatan adalah tindak balas psikologi. SPSS21 dan SmartPLS3 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada 376 responden yang menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Penyelidik telah membentuk kaedah kajian iaitu pemboleh ubah tidak bersandar adalah Kepimpinan Memperkasa Gelagat, tindak
balas psikologi sebagai faktor pengantaraan dan niat meletakkan jawatan pekerja pemboleh
ubah bersandar. Kepimpinan Memperkasa Gelagat mempunyai hubungan signifikan dengan
Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja. Secara keseluruhannya, tindak balas psikologi mempunyai
hubungan signifikan dengan niat meletakkan jawatan. Bagi kesan pengantaraan, Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja merupakan faktor pengantaraan bagi Niat Meletakkan Jawatan di antara Kepemimpinan Memperkasa Gelagat dan Niat Meletakkan jawatan. Hasil kajian ini pasti dapat memberi impak kepada pentadbiran politeknik di Malaysia sebagai petunjuk untuk melakukan penambaikan untuk mencapai tujuan yang diinginkan.

Item Type: Article
Keywords: Human Resource Management, Leadership Empowering Behaviour, Job Satisfaction, Job Performance
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:58
Last Modified: 01 Aug 2021 12:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item