Sejauh Mana Tempoh Perkhidmatan Sebagai Faktor Penyederhanaan Terhadap Reka Bentuk Pekerjaan, Motivasi Dan Kepuasan Kerja? Kajian Di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 4. pp. 73-96. ISSN 1675-9869 (2018)
Abstract
Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, rekabentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan
merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik
yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi
dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan
kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input
kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Organization Behaviour, Work Motivation, Job Satisfaction |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 01 Aug 2021 12:58 |
Last Modified: | 01 Aug 2021 12:58 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |