Pengurusan Integrasi Kerja-Kehidupan Dalam Kalangan Ahli Akademik Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dan UiTM Cawangan Sabah

Pengurusan Integrasi Kerja-Kehidupan Dalam Kalangan Ahli Akademik Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dan UiTM Cawangan Sabah. Jurnal Kinabalu, 26 (2). pp. 217-235. ISSN 2600-867X (2020)



Abstract

Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Kajian ke atas tenaga akademik di dua buah universiti awam di Sabah yang bertujuan untuk meneroka sejauhmana pekerja lelaki dan wanita melihat kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan dalam mengendalikan tanggungjawab kerja dan tanggungjawab keluarga, mendapati bahawa jantina lelaki dan wanita mempunyai persepsi yang sama terhadap kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan. Oleh itu, peranan organisasi dalam menganjurkan program-program berkaitan pengurusan integrasi kerja-kehidupan amat diperlukan agar dapat membantu pekerja menguruskan pekerjaan seharian dan tanggungjawab terhadap keluarga serta menguruskan hal berkaitan kehidupan dengan lebih efektif. Sebagai aset dalam organisasi pekerja memerlukan dorongan dan motivasi dari masa ke semasa agar mereka sentiasa memberi komitmen terhadap tugas harian dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Item Type: Article
Keywords: Human Resource Management, Work-Life Management, Work-Life Integration, Work-Life Balance
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:59
Last Modified: 01 Aug 2021 12:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item