Penglibatan Pekerja Kurang Upaya Dalam Program Return To Work (RTW), PERKESO

Penglibatan Pekerja Kurang Upaya Dalam Program Return To Work (RTW), PERKESO. Jurnal Kinabalu. pp. 21-32. ISSN 2600-867X (2019)



Abstract

Kembali bekerja bagi pekerja kurang upaya bukanlah mudah disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah pandangan daripada pihak majikan, kemampuan mereka yang terhad dan keinginan mereka untuk bangkit semula selepas mengalami ketidakupayaan disebabkan kemalangan dan masalah kesihatan. Bagi membantu mereka mengatasi halangan tersebut, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan Program Return To Work (RTW). Program ini bertujuan untuk membantu menguruskan penempatan pekerjaan bagi pekerja kurang upaya, sama ada kekal dengan majikan lama mahupun kepada majikan yang baharu mengikut kesesuaian keadaan fizikal dan menguruskan rawatan penyembuhan. Di samping itu, Program RTW ini dapat menyediakan peluang pekerjaan bagi pekerja kurang upaya. Program RTW ini secara tidak langsung dapat membuka peluang baharu untuk mereka terus bekerja. Hasil kajian pengkaji-pengkaji lepas sama ada di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa mereka ini adalah golongan yang hidup dalam kemiskinan disebabkan tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Adakah perkara ini merupakan faktor utama untuk mereka kembali bekerja? Berdasarkan dapatan terhadap beberapa organisasi terpilih di Kota Kinabalu, pekerja kurang upaya ingin kembali bekerja adalah disebabkan tujuh faktor utama iaitu pendapatan, penyesuaian kerja dengan keadaan fizikal, sikap, kesihatan, polisi tempat kerja, kemudahan fizikal di tempat kerja dan hubungan di tempat kerja. Artikel ini akan mengupas setiap faktor pekerja kurang upaya mengikuti program RTW untuk kembali bekerja.

Item Type: Article
Keywords: Human Resource Management, Disabled Workers
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:59
Last Modified: 01 Aug 2021 12:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item