Kecerdasan Emosi (EI) Dan Perbezaan Gender dalam Pekerjaan

Kecerdasan Emosi (EI) Dan Perbezaan Gender dalam Pekerjaan. Jurnal Kinabalu. pp. 91-102. ISSN 2600-867X (2019)



Abstract

Faktor Kecerdasan Emosi (EI) sering dikaitkan dengan gender di tempat kerja. Stereotaip yang sering dikaitkan dengan perempuan adalah kemampuan menguruskan emosi yang lebih baik daripada lelaki. Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak penemuan berbeza yang menunjukkan sememangnya gender adalah berbeza secara signifikan dalam EI. Maka, kajian yang dijalankan telah mengenal pasti jika terdapat perbezaan yang signifikan dan pengaruh EI dalam kalangan gender. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dengan memilih organisasi bertaraf Multimedia Super Corridor (MSC). Sampel kajian terdiri daripada kakitangan awam di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan Model Kecerdasan Emosi Goleman (2001) sebagai asas untuk memahami EI. Dapatan kajian yang diperoleh dijelaskan secara deskriptif dan dihuraikan secara induktif bagi mengukuhkan kefahaman berkenaan kajian.

Item Type: Article
Keywords: Public Sector, Emotional Intelligence
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:59
Last Modified: 01 Aug 2021 12:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item