Kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak

Kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak. Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia, 6 (1). pp. 21-35. ISSN 2232-1918 (2017)



Abstract

Journal of Sports Science and Physical Education 6(1): 21-35, 2017 - Sukan memberi impak yang positif dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Terdapat bukti yang mengesahkan bahawa kekuatan mental boleh memberi kesan kepada prestasi dalam bidang seperti pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ48) diguna pakai untuk mengukur 4 konstruk kajian kekuatan mental yang dibangunkan oleh Clough et al. (2002) iaitu keyakinan diri (confidence), komitmen (commitment), cabaran (challenge) dan
kawalan diri (self-control). Sampel kajian ini adalah seramai 40 orang atlet bola sepak UKM. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi faktor kekuatan mental adalah keyakinan (M = 4.28) diikuti oleh cabaran (M = 4.26). Namun begitu, kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam kalangan atlet bola sepak UKM bagi keempat-empat faktor kekuatan mental iaitu komitmen, kawalan diri, cabaran dan keyakinan berdasarkan pengalaman mereka dalam sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati faktor kekuatan mental mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini mendapati konstruk keyakinan diri (13.4%) merupakan faktor kekuatan mental utama yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak universiti, jurulatih, ahli psikologi dan atlet-atlet yang mewakili universiti untuk memahami kepentingan aspek psikologi bagi mencapai kejayaan mereka sama ada dalam bidang sukan mahupun akademik. Atlet yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi akan mempengaruhi prestasi akademik yang cemerlang. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dapat mengkaji atlet-atlet dari sukan yang berbeza dengan sampel kajian yang lebih besar.

Item Type: Article
Keywords: Kekuatan mental, Prestasi akademik, Atlet bola sepak, Mental health
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 03 Nov 2021 08:22
Last Modified: 03 Nov 2021 08:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item