Kebimbangan Dan Kemerosotan Prestasi Di Kalangan Atlet Lelaki Di Peringkat Universiti

Kebimbangan Dan Kemerosotan Prestasi Di Kalangan Atlet Lelaki Di Peringkat Universiti. Asian Journal of University Education.



Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut
perkaitan antara kebimbangan dan prestasi sepertimana yang telah
dijelaskan dalam Teori Kebimbangan ‘Multidimensional’. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana
kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempengaruhi
prestasi atlet-atlet lelaki universiti. Adalah dijangka bahawa
kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik mempunyai
hubungan dengan prestasi. Seramai 125 atlet lelaki daripada salah
sebuah universiti yang terlibat dalam kejohanan sukan antara
Universiti Swasta yang berumur antara 18-45 tahun terlibat dalam
kajian ini. Data-data daripada responden dikutip menggunakan
alat ukur ‘Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) yang
diperkenalkan oleh Martens, Vealey, Bump dan Smith’s (1990).
Responden dikehendaki melengkapkan borang soal selidik 30 minit
sebelum pertandingan bermula. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa kebimbangan kognitif mempunyai pengaruh yang
signifikan ke atas prestasi. Manakala kebimbangan somatik tidak
mempengaruhi prestasi. Melalui Ujian ANOVA, didapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan
kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pasukan-pasukan
universiti yang mengambil bahagian dalam sukan Majlis Sukan
Universiti Swasta Malaysia

Item Type: Article
Keywords: Psikologi sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:14
Last Modified: 01 Aug 2021 13:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item