Adaptasi kesusasteraan rakyat (cerita si luncai) dalam karya seni cetakan

Adaptasi kesusasteraan rakyat (cerita si luncai) dalam karya seni cetakan. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 43-56. ISSN 2550-214X (2020)



Abstract

Penulisan ini bertujuan membincangkan penghasilan karya seni visual berdasarkan adaptasi terhadap salah satu bentuk kesusasteraan rakyat Melayu iaitu Cerita Si Luncai. Adaptasi yang dilakukan adalah memfokuskan kepada unsur-unsur didaktik atau pengajaran yang terkandung di dalam teks cerita Si Luncai. Objektif penulisan ini adlah untuk melihat samada pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah hasil kesusasteraan dan menterjemahkannya dalam bentuk imej visual. Penyelidikan ini menggunakan gabungan pendekatan Teori Adaptasi oleh Desmond & Hawkes (2006) dan kaedah ekplorasi visual yang diperkenalkan oleh O’Grady J. & K (2009). Bentuk karya seni visual yang dihasilkan adalah karya seni cetakan blok kayu konvensional. Dapatan penulisan kajian ini adalah sebanyak satu (01) karya cetakan blok kayu konvensional dengan sepuluh (10) edisi telah dihasilkan berdasarkan adaptasi yang dilakukan terhadap subjek kajian untuk tatapan penghayat. Kesimpulannya, hasil dari penyelidikan ini mendapati bahawa bahan kesusasteraan rakyat Melayu mampu diterjemah semula secara visual dan amat berpotensi untuk dijadikan sebagai subjek atau tema didalam penghasilan karya seni visual. Disamping itu, penulisan ini juga mampu untuk memperkayakan penghayatan kedua-dua bentuk kesenian ini.

Item Type: Article
Keywords: Visual art, Kesusasteraan rakyat, Malay folklore tales, Adaptasi
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Illustrations
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 31 May 2021 23:40
Last Modified: 01 Jun 2021 17:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item