Malaysia, Vietnam wajar ada kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa

Malaysia, Vietnam wajar ada kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa. [Newspaper] (2019)



Abstract

Malaysia dan Vietnam sewajarnya menyaksikan kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa yang lebih rapat serta semakin baik bagi berhadapan cabaran mendatang.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata kedua-dua negara tersebut adalah ‘kuasa tengah yang beraspirasi’ dengan misi penting pada tahun 2020 dengan Malaysia bakal menganjurkan sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) manakala Vietnam mempengerusikan ASEAN, selain dilantik menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Menteri Pertahanan di sini semalam.

Kenyataan Liew itu dibuat ketika berucap di Persidangan Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik (CSCAP) ke-12 di Hanoi, Vietnam pada Khamis.

Item Type: Newspaper
Keywords: Malaysia dan Vietnam, Persidangan Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik (CSCAP), Institut Hubungan Antarabangsa Pertahanan (IDIR), keamanan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:21
Last Modified: 01 Aug 2021 13:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item