Penyimpangan Tingkah Laku di Tempat Kerja: Terminologi, Faktor, Tipologi dan Kesan

Penyimpangan Tingkah Laku di Tempat Kerja: Terminologi, Faktor, Tipologi dan Kesan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1 (4). pp. 18-26. ISSN 2514-8562 (2016)



Abstract

Penyimpangan tingkah laku merupakan perbuatan yang dilakukan oleh individu adalah bersifat sukarela yang melanggar norma organisasi dan seterusnya memberi kesan kepada individu atau organisasi atau kedua-duanya sekali. Oleh yang demikian, menjadi keutamaan untuk organisasi memahami dan meneliti isu penyimpangan tingkah laku di tempat kerja kerana individu dan persekitaran yang berbeza menyebabkan perbezaan seseorang bertingkah laku. Pemahaman berkaitan terminologi, faktor, tipologi dan kesan penyimpangan tingkah laku akan memudahkan organisasi merangka pelan pemulihan agar isu penyimpangan tingkah laku dapat dibendung dari peringkal awal. Mengatasi isu penyimpangan tingkah laku di tempat kerja akan memberi implikasi positif kepada pengurusan dan kewangan organisasi dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang positif dan kondusif di tempat kerja.

Item Type: Article
Keywords: penyimpangan tingkah laku, terminologi, faktor, tipologi, kesan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:18
Last Modified: 01 Aug 2021 13:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item