Kesihatan rakyat, KPI dalam budaya sukan negara

Kesihatan rakyat, KPI dalam budaya sukan negara. [Newspaper] (2019)



Abstract

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menetapkan sasaran menambah baik kesihatan rakyat adalah antara elemen dalam indeks prestasi utama (KPI) budaya sukan, selain kecergasan fizikal.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan.

“(Ini) Salah salah satu KPI yang kita letakkan untuk perbaiki kesihatan negara. Ini kerana jika dilihat, penyakit seperti kencing manis dan obesiti, Malaysia adalah yang tertinggi. Jadi kita akan kendalikan, bukan saja dari corak pemakanan tapi juga mengamalkan gaya hidup sihat.

“Selain itu, sukan juga berkait dengan kesihatan mental. Kita lihat satu daripada lima anak muda terkesan dengan kebimbangan manakala dua daripada lima terkesan dengan kemurungan. Apabila ada kesihatan fizikal cergas ia membaiki kesihatan mental sekali,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kecergasan fizikal, gaya hidup sihat, budaya sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:23
Last Modified: 01 Aug 2021 13:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item