Kerajaan Sentiasa Usaha Maju, Manfaat Pelbagai Aktiviti Sukan

Kerajaan Sentiasa Usaha Maju, Manfaat Pelbagai Aktiviti Sukan. [Newspaper] (2011)



Abstract

Kerajaan sentiasa berikhtiar untuk memaju dan memanfaatkan pelbagai aktiviti sukan kepada masyarakat, menyedari aktiviti-aktiviti sukan mampu untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang cergas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan juga sentiasa berusaha untuk melahirkan bakat-bakat baru yang berpotensi dalam bidang itu, serta menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal di kalangan rakyat.

Dalam ucapannya pada majlis penutup Kejohanan Dragon Boat dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri 2011 di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini Ahad, katanya, beliau berbangga kerana penganjuran hejohanan ini yang boleh dianggap sebagai usaha untuk mencapai hasrat dan aspirasi kerajaan agar sukan dijadikan sebagai elemen penyumbang kepada galakkan pertandingan yang sihat.

Item Type: Newspaper
Keywords: amalan gaya hidup sihat, mewujudkan masyarakat Malaysia yang cergas, semangat kesukanan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:50
Last Modified: 01 Aug 2021 13:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item