Khairudin Bin Mohamad: usahawan peladang muda tanaman sayuran secara konvensional, PPK Jerangau. [Newspaper] (2017)
Abstract
Beliau memiliki tapak semaian sendiri bagi memastikan kualiti anak pokok yang ditanam adalah yang bermutu. Beliau menjadualkan tanaman sayurannya dibuat secara berperingkat untuk memastikan pengeluaran hasil tanaman dapat dikeluarkan sepanjang masa dan masalah serangan penyakit serta perosak ke atas tanaman dapat dikawal.
Selain menggunakan tanah sendiri, beliau turut menggunakan tanah TOL Kerajaan. Sebagai usahawan yang berjaya, beliau tidak melupakan petani-petani kecil di sekitar kampungnya dimana beliau turut menjadi ketua projek berkelompok di Unit Peladang Kampung Wa. Hasilnya, beliau bukan sahaja telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan bahkan peluang perkongsian projek tanaman sayuran dengan penduduk setempat.
Encik Khairuddin turut menjadi mentor kepada beberapa orang pengusaha tanaman sayur di sekitar Jerangau. Segala hasil keluaran mereka akan dibeli dan dipasarkan sendiri kepada pelanggan tetap di pasar borong Selayang dan Kuantan. Segala urusan dan pengangkutan dilakukan oleh beliau sendiri dengan bantuan beberapa orang pekerja tempatan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Entrepreneur, Tanaman sayuran |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Success Story |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Mohd Shahnizam Mat Zain |
Date Deposited: | 01 Oct 2020 04:29 |
Last Modified: | 01 Oct 2020 04:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |